Assalammualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia...
Buat semua, moga kehidupan anda hari ini akan lebih baik dari sebelumnya.
Arus globalisasi telah membawa bersamanya kemajuan dalam bidang teknologi maklumat. Kita dapat lihat pelbagai medium perantaraan dalam bidang ini semakin berkembang seperti penggunaan jalur lebar dan medium perantaraan komunikasi yang lain seperti "Facebook".
Perkara yang ingin saya tegur ialah saya lihat medan "Facebook" ini sepertinya sudah menjadi tempat meluahkan perasaan bagi seseorang daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sesuatu yang lebih besar. Semuanya ingin diceritakan dan diluahkan termasuklah jikalau seseorang itu tidak puas hati terhadap orang lain. Kita dapat lihat beberapa contoh di bawah tentang perkara yang saya maksudkan sebentar tadi;
~Versi marah secara berhemah~
~Versi mengada-ngada~
~Versi luahan hati yang tertekan~
~Versi tekanan perasaan~
~Versi luahan cinta~
~Versi bahasa yang gagal difahami~
~Versi marah~
Segala-galanya mahu diluahkan di "Facebook" bukan? Bukan tidak boleh meluahkan sesuatu yang kita rasa di medan "Facebook" tersebut, tetapi biarlah berpada-pada dan memadailah sesuatu yang dikongsi itu tidak menimbulkan rasa meluat di hati orang lain. Mungkin kita boleh berkongsi rasa bahagia dan kegembiraan kitadan sesuatu yang dapat dipelajari serta dihayati secara bersama untuk kebaikan orang lain juga. Bukan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang sekeliling juga.
.::WASSALAM::.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan