Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia...
Buat semua, moga kehidupan anda hari ini akan lebih baik dari sebelumnya.
Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda semua sama ada komunikasi itu penting ataupun tidak dalam kehidupan kita sehari-hari? Sudah pastilah jawapannya ya bukan? Semua sedia maklum bahawa komunikasi itu penting sebagai salah satu cara untuk kita menyampaikan maklumat, meluahkan rasa dan paling penting ialah untuk mengeratkan hubungan. Jadi, sebagai salah seorang daripada ahli masyarakat, kita perlulah tahu serba sedikit tatacara untuk berkomunikasi bukan hanya tahu sedap berkata-kata sahaja.
Hari ini saya dapat melihat bagaimana ragam rakan serumah saya (housemate) berbual 'kosong' dengan kawan baiknya. Kadang-kadang, dengan kawan baik, kita bebas untuk bercerita dan bergurau apa sahaja. Tetapi, saya dapat lihat ketika mereka berbual-bual sesama sendiri, ada salah seorang daripada kawan kepada rakan serumah saya ini suka menghalang percakapan kawannya yang lain atau dalam erti kata yang mudah suka 'menyampuk'. Sebagai contohnya, ketika mereka berbual, belum pun habis Si A berkata-kata, Si B pantas akan menyampuk tanpa memberi peluang kepada Si A untuk menyudahkan percakapannya.
Antara isi perbualan mereka,
Si A : Kenapa diorang buat macam tu ek? Mesti sebab diorang...
Si B : Alah diorang kan tak nak masuk kelas pagi-pagi. Tak pasal-pasal kita yang kena ikut sekali.
Si A: Haah kot.
Begitulah lebih kurang isi perbualan mereka yang saya dengar. Pada saya, Si B perlu memberi ruang kepada Si A supaya habis berkata-kata sebelum dia menyambung dengan percakapannya. Tidak elok Si B menyampuk kata-kata Si A kerana ia mungkin menyebabkan Si A tidak selesa. Jadi, dalam berkomunikasi, kita perlulah tahu menjaga adab dan peraturannya. Jangan sesekali menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan orang sekeliling terhadap kita.
.::WASSALAM::.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan