Assalammualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia...
Seperti biasa, buat semua, moga kehidupan anda hari ini akan lebih baik dari sebelumnya.
Baiklah, sebagai seorang pelajar sudah pastilah kita tidak dapat lari daripada dibebani dengan pelbagai tugasan dan komitmen. Belum lagi ditambah dengan program-program luar yang perlu kita semua sertai dan semua ini amat memerlukan tanggungjawan yang besar. Kita perlu pandai membahagikan masa supaya kerja yang kita lakukan siap mengikut masanya.
Sekarang dah masuk minggu kedua jadinya memang teramat banyak tugasan yang menanti. Sesi pembentangan bagi subjek-subjek tertentu juga telah berjalan pada minggu ini. Kiranya minggu kedua ni dah menjadi minggu yang haru-birulah bagi setiap pelajar. Tidak terkecuali saya juga. (^^,)
Apa yang ingin saya coretkan di sini ialah situasi ataupun gelagat pelajar yang dapat saya perhatikan sepanjang mereka melakukan sesi pembentangan bagi subjek Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Para pelajar yang membuat pembentangan pada hari tersebut (12 Januari 2011) terdiri daripada mereka yang berasal dari pelbagai buah negeri termasuklah negeri di sebelah Pantai Timur iaitu Kelantan.
Ketika sesi pembentangan berlangsung, dapat saya perhatikan masih ada lagi pelajar yang terikut-ikut dengan loghat negeri masing-masing. Mereka masih lagi tidak mampu 'menghilangkan' loghat kenegerian mereka sekurang-kurangnya ketika sesi pembentangan berlangsung. Situasi ini adakalanya menimbulkan kelucuan di hati saya. yang sememangnya suka ketawa..hihihi
Seharusnya untuk masa-masa yang akan datang, saya berharap mereka dapat cuba memperbaiki 'slang' yang digunakan ketika mereka melakukan pembentangan. Gunakan bahasa standard dengan sebaik-baiknya.
Elakkan pembentangan yang panjang dan membosankan..peringatan buat diri juga..(^^,)
.::WASSALAM::.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan